Tiada kenaikan caj bila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dilaksana

Tuesday, 29 March 2011 

Bernama 

MELAKA 29 Mac — Tiada kenaikkan caj dikenakan terhadap pengguna untuk perkhidmatan pengurusan sisa pepejal apabila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dilaksanakan kelak.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara (PPSPA), Datuk Zaini Md. Nor berkata, akta itu

akan memberi perubahan yang besar kepada cara pengurusan sisa pepejal di negara ini dan pengguna akan menikmati perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang lebih baik.

“Akta ini juga membolehkan PPSPA memantau pengurusan sisa pepejal dengan lebih ketat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Persediaan Kontraktor SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) Kearah Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung mengumumkan pelaksanaan akta itu yang dicadangkan untuk dikuatkuasakan pada 30 April ini ditangguh ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak berikutan terdapat beberapa aspek teknikal yang perlu diberi penekanan terlebih dahulu.

Zaini berkata di bawah akta itu, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan diswastakan dengan memberi kuasa penuh kepada PPSPA untuk mengambil alih pengurusan perkhidmatan itu daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Share

Subscribe to our Newsletter!

Sign up to receive environmental news and updates!

    dev