Belajar urus sisa pepejal

TANGGAL 1 September 2011 menandakan bermulanya penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) yang akan membawa suatu transformasi kepada pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera. 

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) merupakanagensi ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang efisien, bersepadu di samping memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna.

Penubuhannya melalui Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pembersihan Awam (Akta 673) dan melalui Akta 672 memberi kuasa eksekutif kepada PPSPPA untuk mengambil alih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Share

Subscribe to our Newsletter!

Sign up to receive environmental news and updates!

    dev