ALOR SETAR 7 Feb. – Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau Akta 672 dijangka mula dikuatkuasakan April depan, walaupun terdapat negeri yang tidak menerima dasar penswastaan pengurusan sistem pepejal yang ditetapkan kerajaan Pusat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Chor Chee Heung berkata, apabila akta itu dikuatkuasakan barulah kerajaan dapat menguatkuasakan
pelaksanaan penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal isi rumah dan pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan sepenuhnya dan dijalankan berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di seluruh Semenanjung.