5 juta tong sampah percuma

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima juta tong sampah bergerak bagi pembuangan sisa organic seperti makanan akan diagihkan secara berperingkat kepada semua kediaman di Semenanjung Malaysia pada tahun 2012.

Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Nazri Yahaya berkata, setiap kediaman akan menerima sebuah tong sampah percuma yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan aktiviti kitar semula dan menjaga alam sekitar.

“Penyediaan tong sampah tersebut adalah untuk membolehkan pemilik kediaman mengasingkan sampah sisa organik dengan sampah yang boleh dikitar semula.

“Kutipan sampah organik akan dilakukan dua kali seminggu, manakala sampah boleh dikitar semula akan dikutip sekali seminggu menggunakan lori yang disediakan khas untuk tujuan berkenaan,” katanya selepas pelancaran kempen kitar semula kotak minumanL indungi Hutan Hujan di sini semalam.

Share

Subscribe to our Newsletter!

Sign up to receive environmental news and updates!

    dev