3.5 juta tong sampah dibekalkan percuma

Friday, 20 May 2011 JOHOR BAHRU – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) akan membekalkan 3.5 juta tong sampah percuma kepada rumah dan premis perniagaan di Semenanjung Malaysia bertujuan untuk memudahkan kerajaan menguruskan sisa pepejal dengan lebih berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zaini Md Nor berkata, setiap tong sampah itu juga akan mempunyai nombor siri

tertentu sejajar dengan usaha untuk memastikan ia dijaga dengan baik sekurang-kurangnya selama tujuh tahun oleh pihak yang bertanggungjawab.”Tong sampah dengan isi padu sebanyak 120 liter akan dibekalkan kepada rumah di negara ini. “Bagi premis perniagaan seperti kedai dan restoran pula kita akan bekalkan tong sampah dengan isi padu 240 liter,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Pelaksanaan Akta 672 di sini semalam.

Share

Subscribe to our Newsletter!

Sign up to receive environmental news and updates!

    dev